Bab bungkus mmg Mama failed..huhu
Bahan-bahan
2 cawan nasi putih
1 keping dada ayam dan fishcake
Mix vege
2 ulas bawang putih - dicincang halus
garam dan lada sulah secukup rasa
Sos tiram dan kiub ayam
2 biji telur - dipukul (untuk dadar)
Cara membuatnya:
1) Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bawang putih tumis hingga kekuningan dan wangi.
2) Masukkan ayam, fishcake dan mix vege tumis selama 2 minit.
3) Masukkan kiub ayam, sos tiram dan lada sulah serta garam.
4) Pada ketika ini masukkan nasi, terus masak sehingga semua bahan-bahan bercampur. Pecahkan telur kt tgh..dan gaul sebati.
5) Dalam kuali anti lekat, buat dadar dari dua biji telur tadi hingga kekuningan.
6) Letakkan secawan nasi goreng di tengah-tengah dadar dan lipat kepada empat bahagian.
0 comments:
Post a Comment