Bahan-bahan
1/2 kg mee kuning
ayam, udang, sotong dan fishcake
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
Sos cili, sos tomato danKicap
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
1 sudu besar cili kisar
Cara-cara
Ayam direbus bersama 4 cawan air.
Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga garing.
Masukkan udang, sotong, fishcake dan ayam tadi.
Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa).
Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.
Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
Nak tambah telur pun boleh..
0 comments:
Post a Comment