Wednesday, July 23, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014


Isnin ni 28 Julai 2014 dah raya pertama...arini last kje ari khamis..esok jumaat lepas buka kami sekeluarga akan bertolak balik ke kampung di Sik Kedah..Semoga perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga dirahmati Allah..Amin..


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba..kami sekeluarga menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terlanjur kata, terkasar bahasa, salah silap dan halalkan makan minum..


Selamat Hari Raya Semua!!!


p/s : post awal2 tkt kt kg xdak line..
^_^


Monday, July 21, 2014

Menu Iftar - Mee Sup


Bahan-bahan nya :

Mee Kuning
Ayam - Leher, Kaki, Isi
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Sup Bunjut
Rempah Sup - 3 sudu
Kentang
Carrot

Hiasan :-

Sawi
Taugeh
Tauhu
Daun Bwg
Daun Sup
Bawang Goreng

Sambal Kicap :-

Cili padi
bawang putih
gula
kicap

Cara-caranya : 


1.  Blend bwg besar, bwg putih dgn halia..tumis sampai wangi, masukkan sup bunjut

2. masukkan kaki, leher ayam..renehkan dlm 20 minit.

3. Masukkan 3 sudu besar rempah sup

4. Masukkan kentang dan carrot  dan ayam bahagian isi , perasakan garam..Siap


5. Sawi & taugeh dan mee celur sekejap




6. tauhu potong kecik dan goreng


7. daun sup & daun bawang potong kecil2..Bawang goreng jgn lupe ye..



8. Untuk buat sambal kicap, blend semua..siap!!





Projek Kuih Raya 9 - Biskut Kelapa


Bahan-bahan nya :

1 cawan gula halus
1 cawan margerin 
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
hiasan


Cara-caranya : 


1. Pukul margerin, gula dan esen vanila sampai kembang kemudian masukkan telur.


2. masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kelapa kering.


3. jadikan doh, terap atas dulang pembakar dan letak hiasan, bakar pada suhu 170c selama 20 minit.

Siap!!



1 adunan dapat 167 pcs






Saturday, July 19, 2014

Projek Kuih Raya 8 - Twisties


Bahan-bahan nya :

1 paket laksa
1/2 sudu kari ayam
1/2 sudu kari daging
3 1/2 nestum
1/2 sudu garam
4 sudu gula
1 kiub ayam

Cara-caranya : 


1. ni ye laksa yg saya guna


2. patah2kan


3. goreng api slow ye, toskan minyak


4. blend nestum, gula, garam kari dgn kiub ayam semua sampai halus


5. campurkan semua, goncang sampai sebati..dapat 3/4  balang..rasa nye yummy..cer try..

Projek Kuih Raya 7 - Popia Nestum (Roll)


Bahan-bahan nya :

1 paket popia
1 cawan nestum
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan horlicks

Cara-caranya : 


1. ni ye popia yg saya guna


2. Gulung dan gam hujung dgn air + tepung gandum


3. potong ikut nk panjang mana



4. Goreng api slow, toskan minyak 


5. blend nestum, gula dgn horlicks semua sampai halus


6. campurkan semua, goncang sampai sebati..dapat 1 1/2 balang..rasa nye yummy..cer try..

Projek Kuih Raya 7 - Popia Nestum (Segi 4)


Bahan-bahan nya :

1 paket popia
1 cawan nestum
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan horlicks

Cara-caranya : 


1. ni ye popia yg saya guna


2. Gunting segi 4



3. goreng api slow ye, toskan minyak


4. blend nestum, gula dgn horlicks semua sampai halus


5. campurkan semua, goncang sampai sebati..dapat 2 1/2 balang..rasa nye yummy..cer try..

Projek Kuih Raya 6 - Almond London

Bahan-bahan nya :

250g butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan nestum (kisar halus)
1 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
badam - bakar 20 minit
coklat masakan
hiasan
paper cup

Cara-caranya : 


1. Bakar badam 20 minit.


2. Pukul butter, gula sampai kembang kemudian masukkan telur.


3. masukkan tepung gandum, tepung jagung, nestum dgn baking powder


4. jadikan doh, bulat2 kan leperkan letakkn badam, bulatkan bg kemas.


5. bakar pada suhu 170c selama 20 minit

Cairkan coklat kaedah double boil, masukkan 1 sudu margerin utk bg berkilat.

Salutkan dgn coklat, masukkan dlm paper cup dan tabur hiasan.

Biarkan keras sendiri, masukkan dlm bekas, siap !!




1 adunan dapat 148 pcs









Sunday, July 13, 2014

Short Trip ke Batu Pahat Dan Berbuka Puasa

Hari sabtu lepas (Puasa ke 14) pergi ke Batu Pahat untuk ambil mak dan adik ipar..selesai sudah majlis tahlil untuk arwah Tok Ayah..



Gelagat Dinie

Balik terus ke rumah kakak di Taman Rinting untuk berbuka puasa bersama..


Siakap Sweet Sour


Juadah Berbuka Puasa, kuih muih semua tolak tepi..xmuat dah meja..


Kerang Rebus feveret Abah


Ayam Golek faveret..

Selamat Berbuka Semua!!




 
Mummy In Pinky Blogger Template by Ipietoon Blogger Template