1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan - bahan untuk make up ayam
Bahan - bahan untuk make up ayam
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah
dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan
Perap selama 1 1/2 jam
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan
minyak dan campuran rempah yang menitis.
Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Ready..lawan dgn Sos Lada Hitam & Coleslow
SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan: 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) S
edikit oregano
2 sb mentega
Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar
hingga layu dan wangi
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum ( bancuh ngan air) kacau selalu supaya
tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).
Masukkan kiub ayam
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau
nampak pekat sangat tambah sedikit air.
Masukkan oregano.Renehkan sebentar Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih
gelap tambah sukatan kicap.
Bahan-Bahan:
1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
4-5 sudu besar mayonis
1 batang lobak merah, parut kasar
1 sudu besar gula putih
sedikit garam
Cara Penyediaan:
Di dalam mangkuk, campurkan mayonis, garam, gula Kacau sebati.
Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga
parutan karot. gaulkan sehingga semua bahan sekata.
Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis.
Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan
akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang
0 comments:
Post a Comment