Tuesday, April 29, 2014

RESEPI KEK PANDAN

Bahan-bahan nya :

1. 2 cawan tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder 
2. 1 cawan margerin
3. 1 cawan gula kastor
4. 5 biji telur
5. 2 sudu besar  perisa pandan
6. 1 sudu besar pewarna hijau
7. 1 sudu besar ovalette

Cara-caranya : 


1. pukul telur dan gula sehingga gebu dan warna keputihan 


2. masukkan margerin dan ovalette


3. masukkan tepung yang telah di ayak


4. masukkan perisa pandan dan pewarna hijau


5. dah siap

6. panaskan dulu dalam 5 minit api slow


7. masukkan sampai habis..api slow sgt2..




alhamdulillah menjadi..20 minit siap..

sonok nye menjadi ^_^

Sila Cuba ye 

Sunday, April 27, 2014

Dinie & Cousin nye @ Bazar Karat Kompleks Pasir Gudang

Dinie & Sepupu..Nisa dan Airis..Nisa dgn Dinie beza 8 hari je tp laju dah jalan Nisa..



Mama & Dinie

Papa & Dinie





Melayan Budak Tecik Yang Baru Dapat Kaki @ Bukit Layang-Layang


muke kengkonon  xde mood tu..

sampai2 xnak jalan, nak di pegang


anak manja papa..

bersenam dulu dgn papa...




kelakar tgk Dinie jalan, budak baru belajar..newbie


video

Layan Video Dinie belajar berjalan..

Tuesday, April 22, 2014

RESEPI NUGGET DAGING



Bahan-bahan nya :

1. 400g daging kisar Ramly
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. serbuk roti - breadcrumbs
4. 2 biji telur
5. sedikit lada sulah
6. sedikit lada hitam
7. sedikit garam
8. 2 sudu besar sos tiram

Cara-caranya : 


1. masukkan daging kisar, telur, lada sulah, lada hitam, sos tiram dan garam


2. masukkan tepung gandum dan serbuk roti


3. dah siap


4. bentukkan dan masukkan dalam telur


5. salut dengan breadcrumbs


7. bekukan dan goreng bila nak makan..

alhamdulillah menjadi..

sonok nye menjadi ^_^

Sila Cuba ye

Monday, April 21, 2014

DINIE DAH DAPAT KAKI !!!!


video


video

Dinie dah dapat kaki, mama gembira sgt2..penat mengejar adik tp xpe satu kegembiraan utk mama & papa..

RESEPI KEK COKLAT MOIST




Bahan-bahan nya :

1.  2 cawan tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 sudu kecil garam
2. 1 1/2 cawan minyak masak
3. 2 cawan gula kastor
4. 4 biji telur
5. sedikit esen vanilla
6. 1 cawan serbuk koko (apa2 brand)
7. 1 cawan air panas (susu fresh/susu tin tak ada stok) @ 1 1/2 cawan Fresh Milk @ susu cair

Cara-caranya : 


1. pukul telur dan gula sehingga gebu dan warna keputihan 


2. masukkan esen vanilla dan pukul lagi



3. masukkan tepung yang telah di ayak
(tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 sudu kecil garam + serbuk koko)


4. masukkan minyak 


5. dah siap


6. panaskan dulu dalam 5 minit api slow


7. masukkan sampai habis..api slow sgt2..


alhamdulillah menjadi..25 minit siap..

TOPPING


Bahan - Bahan Utk Topping : 

1. Whippping Cream 200ml @ susu cair
2. 2 sudu besar susu pekat
3. Coklat Masakan
4. Chocolate Rice
5. 1 sudu besar Butter


1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil, masukkan 1 sudu besar butter, 2 sudu besar susu pekat.


2. masukkan whipping cream semua 200ml dan gaul sebati


3. tuangkan atas kek yang dah disejukkan..lepas tu taburla apa2 hiasan ye..

Ready To Eat..

sonok nye menjadi ^_^

Sila Cuba ye 


 
Mummy In Pinky Blogger Template by Ipietoon Blogger Template