Sunday, April 6, 2014

Percutian ke Kuching,Sarawak (11-13 May 2012) Day 3 Part 1


ok bangun pagi hari last ni, bersiap untuk sarapan..




Pemandangan dari bilik hotel..

ok breakfast time

 




ok bersiap ke Kampung Budaya Sarawak


Kata Azira inilah Gunung Santubong








Yang pakai baju putih tu la Tour Guide sepanjang disana , Cik Azira nama nye..masih muda tapi pengetahuan sgt2 byk..byk info yg dia beri sepanjang trip..

sedikit info ye berkenaan dgn Kampung Budaya Sarawak
laman web rasmi : http://www.scv.com.my/

info ni dari http://kpgbudayasarawak.blogspot.com/.. pinjam info nye ye..tq

Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong.Bagi pengunjung yang ingin melawati Kampung Budaya Sarawak,para pelancong boleh datang ke Santubong yang berdekatan dengan Damai Beach Resort.

Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. 

Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia.

Dikampung budaya terdapat pelbagai rumah tradisional seperti:
·         Rumah iban
·         Rumah Melanau
·         Rumah Cina
·         Rumah Melayu
·         Rumah Penan
·         Rumah Orang Ulu

Waktu Buka Kampung Budaya Sarawak
Setiap Hari 9.00 am-9.00 pm
Persembahan diadakan pada 12.30 dan 4.30

Bayaran Masuk
Dewasa: RM60 Seorang
Kanak-kanak(7 tahun-12 tahun):Rm30
Bawah 6 tahun:Percuma

Bagi pelancong yang luar sarawak seperti semanjung,sabah dan luar negara akan diberi buku passport kampung budaya bagi mengambil cop setiap rumah dikampung budaya.



ok kami antara yang terawal tau sampai..ok time to check in..



 Replika Kampung Budaya Sarawak




tu la Gunung Santubong, view sgt2 breathtaking...aman je..nyaman..







ngeri tau naik ni, da turun baru igt dah lah tgh Preggy, hish kalau jatuh, nauzubillah..tp pengalaman kan..


RUMAH BIDAYUH






 

Tak naik, posing je..seriau..


RUMAH IBAN


 
























0 comments:

Post a Comment