Tuesday, April 22, 2014

RESEPI KEK COKLAT MOIST




Bahan-bahan nya :

1.  2 cawan tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 sudu kecil garam
2. 1 1/2 cawan minyak masak
3. 2 cawan gula kastor
4. 4 biji telur
5. sedikit esen vanilla
6. 1 cawan serbuk koko (apa2 brand)
7. 1 cawan air panas (susu fresh/susu tin tak ada stok) @ 1 1/2 cawan Fresh Milk @ susu cair

Cara-caranya : 


1. pukul telur dan gula sehingga gebu dan warna keputihan 


2. masukkan esen vanilla dan pukul lagi



3. masukkan tepung yang telah di ayak
(tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 sudu kecil garam + serbuk koko)


4. masukkan minyak 


5. dah siap


6. panaskan dulu dalam 5 minit api slow


7. masukkan sampai habis..api slow sgt2..


alhamdulillah menjadi..25 minit siap..

TOPPING


Bahan - Bahan Utk Topping : 

1. Whippping Cream 200ml @ susu cair
2. 2 sudu besar susu pekat
3. Coklat Masakan
4. Chocolate Rice
5. 1 sudu besar Butter


1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil, masukkan 1 sudu besar butter, 2 sudu besar susu pekat.


2. masukkan whipping cream semua 200ml dan gaul sebati


3. tuangkan atas kek yang dah disejukkan..lepas tu taburla apa2 hiasan ye..

Ready To Eat..

sonok nye menjadi ^_^

Sila Cuba ye 


0 comments:

Post a Comment