Wednesday, June 25, 2014

Kek Coklat Moist



Bahan-bahan nya :

1.  2 cawan tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 cawan serbuk koko
2. 1 cawan minyak masak
3. 1 cawan gula kastor
4. 2 biji telur
5. 1 cawan air panas
6. 1 cawan susu pekat

Cara-caranya : 


1. pukul telur, susu pekat dan minyak serta gula sehingga gebu dan warna keputihan 



2. masukkan tepung yang telah di ayak
(tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat +  
    1 cawan serbuk koko)


3. masukkan air panas, kaup sebatikan,  dah siap adunan


4. susun bekas dalam pengukus, pastikan air mendidih...tuang adunan setengah cup je, kukus 15 minit


5. dah ready utk letak topping

TOPPING


Bahan - Bahan Utk Topping : 

1. Whippping Cream 200ml @ susu cair
2. 2 sudu besar susu pekat
3. Coklat Masakan
4. Chocolate Rice
5. 1 sudu besar Butter

Cara-caranya : 


1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil, masukkan 1 sudu besar butter, 2 sudu besar susu pekat.


2. masukkan whipping cream semua 200ml dan gaul sebati


3. tuangkan atas kek yang dah disejukkan..lepas tu taburla apa2 hiasan ye..


1 cara lain lg utk topping

Bahan - Bahan Utk Topping : 

1. 1/2 cawan susu pekat
2. 1/2 cawan serbuk koko
3. 2-3 sudu minyak
4. 1/2 cawan susu cair

Cara-caranya : 

1. campur semua dan masak atas api yg slow. kacau sebatikan.

2. ready utk dijadikan topping..









Tuesday, June 24, 2014

RAINBOW COOKIES @ BISKUT LIDAH KUCING




Bahan-bahan nya :

1. 250g butter
2. 200g tepung gandum
3. 175g gula kastor
4. 110g putih telur (anggaran 4 biji telur)
5. 50g tepung jagung
6. 1/4 sudu mkn emplex

Cara-caranya : 



1. pukul butter, gula dan putih telur sampai kembang.


2. masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex, kaup sebatikan.


3. asingkan 5 bahagian, letak pewarna


4. letakkan baking paper dlm pemanggang ajaib/dulang pembakar - pipingkan ikut cm dlm pic (xde loyang huhu)


5. bakar 15 minit, api slow. Ready sudah..













ROTI PIZZA SIMPLE



Bahan-Bahan :

1.Hotdog
2. Mix Vege
3. Sos cili
4. Mayonis
5. Roti
6. Serbuk Lada Hitam
7. Serbuk Lada Sulah
8. Cheese

Cara-cara :

1. rebus hotdog dan mix vege dan toskan


2. gaul mix vege dgn mayonis


3. sapu sos cili pada roti


4. susun hotdog


5. letakkan mix vege


6. last parutkan cheese

7. bakar guna periuk goreng ajaib je..15 minit siap..api slow











RESEPI ROTI JOHN





Bahan-bahan : utk 6 pcs

1.  sebungkus daging kisar- saya guna separuh je
2. sebiji bwg besar- potong dadu
3. 2 ulas bwg putih - potong dadu
4. 1 sudu besar rempah kari
5. 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
6. 5 biji telur
7. 3 sudu sos tiram
8. daun bwg potong 1 cm - x guna sbb xde stok
9. timun hiris nipis
10. kobis hiris nipis - x guna sbb xde stok
11. tomato hiris nipis
12. 1 pack roti sausage gardenia - ade 6pcs
13. cili sos
14. mayonis
15. garam secukup rasa

Cara-cara :


1. tumis bwg putih, bwg besar, masukkan serbuk akri dan sos tiram..masukkan daging kisar, masukkan garam dan masak sampai kering, bila dah siap sejukkan sekejap.


2. sementara tunggu inti sejuk, belah 2 roti jgn sampai terputus, dan hiris sayur2


3. ambil 2 sudu besar inti dan pecahkan telur dan masukkan sedikit daun bwg, kacau sebati 


4. goreng atas pan non stick, tuang agak2 muat roti tu


5. bila dah agak2 masak, letak roti atas telur td


6. sapu sos cili, mayonis dan susus sayur2




Ready..Enjoy !!











BISKUT DAHLIA @ SEMPERIT



Bahan-bahan nya :

1. 200g margerin
2. 250g tepung gandum
3. 100g gula kastor
4. 2 biji kuning telur
5. 50g tepung jagung
6. 30g tepung kastard
7. Hiasan - ceri, coklat chips, chocolate rice

Cara-caranya : 



1. pukul margerin, gula dan telur sampai kembang.


2. masukkan semua jenis tepung tu, dan uli sampai x melekat.

3. asingkan jika nak letak pewarna

4. dah boleh masukkan dlm acuan..terap dan bakar pada suhu 140c selama 30 minit











 
Mummy In Pinky Blogger Template by Ipietoon Blogger Template