Thursday, June 5, 2014

ROTI ASAS





Bahan-bahan nya :

1. 2 sudu besar margerin
2. 5 sudu besar gula
3. 2 1/2 cawan tepung gandum
4. 1/2 sudu garam
5. 2 sudu besar susu pekat/susu tepung
6. 1 paket yis
7. 3/4 cawan air suam

Cara-caranya : 


 

1. campur yis dgn air suam, gula dan garam biarkan 10 minit


2. setelah 10 minit, yis akan jadi begini


3. bancuhan yis tadi di satukan dengan tepung gandum, susu tepung, mentega dan telur.


4. uli sampai jadi doh, jika melekat tambah tepung, kemudian biarkan doh selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda.


5. lepas 30 minit, ambil doh dan bulat2kan menjadi kecik2..nk timbang 50g pun boleh jd molek je sama, setelah itu boleh la mula menggelek doh ikut suka. 


6. doh yang dah siap digelek atau dah siap dibentukkan td, biarkan lagi dlm 45 minit. selepas itu, nk hias letak sosej, sos,mayonis, herbs, sapu telur semua depends pd anda semua..


7. bakar selama 30 minit guna Periuk Goreng Ajaib..

antara roti yg sy buat, budak baru belajar ni..comot btol kan


Roti Sosej Bedung


Roti Sosej Silang


Roti Sosej Pintal


Roti Cheese


Roti Sosej


Ni hasil selepas siap dibakar






sonok nye menjadi ^_^

Sila Cuba ye 

0 comments:

Post a Comment