HOTEL GOLDEN NIGHT &
PASAR MALAM BRINCHANG
Trip kali ni sempena cuti raya cina 2014 selama 3 hari 2 malam.. kami ber5 shj termasuk Dinie..perjalanan dimulakan pada pukul 3 pagi 29 Jan 2014 bertolak dari Pasir Gudang, Johor..kami tiba di RnR Dengkil dalam pukul 10 pagi, berhenti sekejap untuk sarapan..
Mood Dinie sgt2 baik..alhamdulillah..
Dalam pukul 1 tghari kami selamat tiba di hotel yang di tempah..kami lalu Simpang Pulai walaupun melalui Tapah lebih dekat tapi bwk si kecik ni takut pening muntah kan..so kami pilih lalu Simpang Pulai..Hotel yang kami pilih sepanjang 3 hari ini ialah HOTEL GOLDEN NIGHT, mmg bajet hotel tp kebersihan tip top plus sgt2 dekat dgn Pasar Malam Brinchang hanya jalan kaki tak sampai 5 minit..ok dah sampai hotel kami letak barang dan pergi makan tengahari di kedai sebelah..
Mak Tok & Tok Abah depan Hotel Golden Night
Kami rest sekejap letih kan jauh perjalanan dari Johor ke Cameron Highland ni..petang kami terjah Pasar Malam Brinchang..kami mmg plan 1 ari sebelum Chinese New Year da sampai sini sebab nak elakkan org ramai nnti jem ondway masa dtg..
Suasana Pasar Malam Brinchang, masih lengang masa ni dalam pukul 5.30 ptg..cuaca sejuk..rezeki kami masa ni mmg org belum ramai..dpt jenguk kedai2 dgn puas hati..x kelang kabut..
Bunga mcm2 warna & jenis..fresh tau..
Teh pelbagai perasa..Mango, Rose, Epal, Strawberry..pelbagai jenama..tapi yang aku perasan harga barang2 ni mmg akan berubah antara weekdays dgn weekend..
Strawberry yg wajib beli, buah-buahan lain yg jugak telah dikeringkan spt rozel, roses..
Macam2 ada, keychain..brg2 bercirikan Strawberry..
Kat Pasar Malam ni makanan mmg heaven la..mcm2 ade..goreng2, nasi semua ada..
Ni wajib beli ye..STRAWBERRY CHOCOLATE..
ni la kegemaran masa kt sane..sedap sgt2..BEBOLA KELADI..sedap woo..rugi kalau korang tak try..
Ni la buah Jambu Epal
Kelapa Laut
Jus Strawberry
Papa dgn Dinie
Maktok N Mama Shopping Time..
Bantal, baju, semua berasaskan Cameron Highland dan Strawberry
Sayur mcm2 jenis..Jagung Manis..
Dinie dapat beg baru..yahoo!!!
Bergambar dengan hasil belian di Pasar Malam Hari Pertama..
Makan Time!!
Malam rehat, tak keluar ke mana pun..lagipun malam byk tempat tutup awal..tido rehat..
0 comments:
Post a Comment