Cara Goreng Kueyteow
3 senduk minyak masak
2-3 biji telur
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 4-5 bahagian
Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.. pukul telur kueyteow tu basuh dan tos dulu hingga kering.. kemudian
ambil 1 bahagian kecil kueyteow masukkan dalam telur yang telah dipukul.. kacau
rata dan kaut dengan senduk masukkan dalam kuali.. biarkan hingga perang..
terbalikkan.. kemudian angkat dan ketepikan.. kalau boleh letak tisu masak tu bagi
dia serap minyak sikit ;) kalau telur habis, boleh tambah lagi :)
Cara sediakan kuah
3 biji bawang putih diketuk
Ayam
Sotong
Carrot
baby corn
Sawi
Kobis Bunga
1 sudu besar lada sulah
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tiram
sedikit garam
Kiub ayam
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
Panaskan 1 sudu makan minyak masak.. masukkan bawang putih kacau hingga keperangan.. masukkan 2 sudu sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat..kemudian masukkan air dan kiub ayam.. masukkan isi ayam, carrot dan anak jagung.. masak sehingga agak empuk.. kemudian masukkan ayur.. masukkan 1 sudu lada sulah berserta sedikit garam.. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. korang boleh agak-agak kuah banyak mana.. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah..
Bila dah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas kueyteow.. makan dengan cili padi potong.. cili padi potong letak dalam kicap cair
http://kasihaleeya.blogspot.my/2015/07/resepi-kuey-teow-kung-fu-paling-mudah.html
2 comments:
sedapnya boleh coba terima kasih resepinnya.
sama2..selamat mencuba..^_^
Post a Comment