Resepi Brownies Kedut
http://www.enyabdullah.com/2015/10/resepi-brownies-kedut.html
Bahan-bahan
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar
Cara penyediaan
Panaskan oven pada suhu 160C
Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.
Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave
Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.
Satukan telur, butter cair, gula castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.
Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.
Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Masak selama 30-40 minit.
Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
Resepi Congo Bars
http://zalinzalina.blogspot.my/2014/05/congo-bars-simple-dan-sedap.html
Bahan-bahan :
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik Baking Powder
250 Butter ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik Esen Vanilla
Cara-cara :
Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama
kita keluarkan dari petiais.
Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.
Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje.
Masukkan Esen Vanilla.
Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder.
Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.
Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.
Guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah.
Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper.
Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.Ratakan kesemua bahagian.Taburkan coklat cip.
Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak camni,
bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.
Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.
0 comments:
Post a Comment