Bahan-bahan kek span keladi :
150g tepung gandum
100g gula
5 biji telur
50 ml susu cair
50 ml minyak masak
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar esen vanila
2 sudu perisa pandan
2 sudu pewarna ungu
Cara - cara :
Pukul telur, gula dan ovalette
masukkan susu, esen vanilla
masukkan tepung gandum dan baking powder
masukkan perisa dan pewarna
last masukkan minyak dan kaup sebati
bakar 30 minit suhu 170c
sejukkan dan belah 2
Bahan-bahan Kastard Keladi :
1200 ml susu cair @ santan
10 g serbuk agar-agar
100 g tepung hoen kwe warna putih
secubit garam
1 cawan gula
pewarna ungu
perisa keladi
Cara-cara
Masak semua dalam periuk, kacau selalu hingga likat.
Tapi jgn likat sgt nnti susah nak buat lapis.
Cara-cara untuk lapis kastard
1. Lapis loyang dgn plastik, sy xlapis pun
2. Tuang kastard penuhkan loyang, ratakan.
3. letakkan sekeping kek
4. lapiskan lagi dgn kastard
5. letakkan lagi sekeping kek
6. lapiskan final kastard.
7. dah siap hentak2 sikit loyang supaya kastard padat.
8. Biarkan kastard keras, bila dah keras renggangkan sikit dari loyang, terbalikkan dan keluarkan kek.
Bahan-bahan utk hiasan :
Piping Gel
Kelapa kering
Cara-cara:
Sapu piping gel di sekeliling kek.
Taburkan kelapa kering..
Ready..
Masukkan dlm peti ais beberapa jam sebelum nk makan.
Kek ni sedap mkn masa sejuk..rasanye dah ala2 aiskrim
Selamat Mencuba!!!
0 comments:
Post a Comment