Lepas muzium kiteorang gerak ke Reunification Palace /
Independence Palace,Vietnam /Istana Presiden berjalan kaki je ikut google maps sekali salah pusing, kiteorg lalu jln jauh..letih lak ade budak minta dukung..hahaha tp dpt la jumpe tempat shopping brg2 sports.
Selfie la ciked buat ilang penat..
Terjumpe lak The Golden Dragon Water Puppet Theater, plan nak g masa first day sampai tp sbb tiket masuk agak mahal dlm RM30@150000VND so kiterog x g pun tp da balik Msia ni rase nyesal lak..huhu
Sampai dah Istana Presiden ni..
Reunification Palace atau juga dikenali sebagai Independence Palace adalah
antara bangunanyg amat popular dalam sejarah Asia Tenggara dan mungkin juga dunia.
Bagi peminat sejarah Perang Vietnam tentunya dpt ingat imej2 kereta kebal NVA
merempuh pintu pagar istana pada 11.30 pagi, 30 April 1975 yg juga dikenali sebagai
peristiwa Fall of Saigon.
Istana ini merupakan pejabat dan juga kediaman Presiden Vietnam
Selatan ketika itu. Pada 1962 bangunan asal istana ini (dikenali sebagai
Norodom Palace) telah dibom oleh 2 org pilot tentera udara Vietnam Selatan
yg telah belot dgn pesawat Skyraider. Pengeboman dilakukan setelah mereka
divert dari satu misi utk mengebom Viet Cong!!!Kemudian pada 8 April 1975,
Lt Nguyen Thanh Trung telah berjayamelarikan jet pejuang F5 Tiger II dan
menggugurkan 2 butir bom keatas istana baru ini.
Istana ini mulanya dikenali sebagai Norodom Palace. Setelah pendudukan
Jepun tamat pada September 1945, istana ini telah diserahkan kembali kepada
pihak Perancis. Selepas pengunduranPerancis dari Indochina, 1954 istana ini
diserahkan kembali kepada kerajaanVietnam. Bangunan istana yg baru telah dibina
dan dinamakan Independence Palace pada 1962.Arkitek Ngo Viet Thu
bertanggungjawab atas senireka bangunan ini.
TQ Tuan Tanah :
http://konflikdanmiliter.blogspot.my/2014/08/reunification-palace-independence.html
Tak masuk pun amik gambar dari luar je, ramai pelancong dtg sini
berbas2..kiteorg lalu satu taman ni..aman damai je rase..ondway g
SAIGON CENTRAL POST OFFICE dgn SAIGON NOTRE DAME CATHEDRAL.
Lalulintas busy memanjang..
SAIGON NOTRE DAME CATHEDRAL
Gereja ini terletak di pusat bandar, district 1 dan memiliki nama rasmi Basilica of our Lady of The Immaculate Conception. Gereja ini disebut
juga Notre Dame karana mempunyai persamaan dengan katedral yang terkenal
dengan legenda di Paris. Gereja ini dibangun pada masa kolonial Perancis
sekitar tahun 1860 dan mempunyai dua buah menara lonceng
setinggi hampir 60 meter.
TQ Tuan Tanah : http://www.kompasiana.com/yangdisa/di-ho-chi-mihn-pun-ada-katedral-notre-dame_551051a2a333116837ba8156
SAIGON CENTRAL POST OFFICE
Pos ofis ni masih beroperasi seperti biasa disamping dijadikan tempat tarikan pelancong. Seni bina nye klasik menjadikan ianya tumpuan pelancong, ada juga kedai cenderahati.
Dah puas pusing2 sambil berteduh jap..sedap duk kt dlm lame2 sbb ade aircond..
kat luar panas woo. Jom g HARD ROCK CAFE pulak...lalu satu lorong ni
dipenuhi kedai2 buku dgn ade pameran seni berasaskan makanan..kreatif sangat..
Sampai dah Hard Rock Cafe HCM
Abis dah city tour...
0 comments:
Post a Comment