Tuesday, February 14, 2017

Percutian Ke Vietnam - (17/1/2017) Day 3 (Part 1)

Pukul 8 lebih dah siap semua..turun lobi terus kuar cari sarapan dulu..makan kt Restoran Osman.
Order nasi goreng ok not bad, nasi lemak mmg fail la terasa sgt santan kotaknye huhu, roti dgn telur tu sodap kata abg iparku..
ok dah siap makan, kiteorang menapak ke depan sikit cari teksi..arini plan nk pusing 
bandar dgn nak terjah Linda Wholesale..
Pic dr google..no dlm bulatan merah tu cth 3565 kene ingat kalau jadi apa2 utk wat report polis.
Ni teksi pertama kiteorg naik..jumlah yang tertera darabkan dgn 1000 dong..
hentian pertama WAR REMNANTS MUSEUM, tiket masuk RM 3@15000 Dong/Pax..
Setiap hari buka dari jam 7.30 AM - 12 PM dgn 1.30 PM - 5 PM
Muzium ini terletak di District 3 Ho Chi Minh City. Ia sebagai salah satu tanda peringatan perang iaitu Perang Vietnam dan dibuka kali pertama oleh Kerajaan Vietnam pada 1975 sebelum diubahsuai dan namanya beberapa kali.

Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian pameran foto-foto semasa Perang Vietnam, ada bilik untuk hasil kerja seni kanak-kanak, ada hasil tinggalan perang yang digunakan oleh mereka semasa perang seperti basikal, bom dan banyak lagi.  


TQ tuan tanah : http://vitamingarden.blogspot.my/2014/10/melawat-ho-chi-minh-city.html

Yang teruknya kesan Perang Vietnam ni sebab Agen Orange iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan oleh tentera Amerika ke atas penduduk Vietnam. Tentera Amerika menyebarkan Agen Orange atau dioksin yang turut akan menyebabkan mutasi sel selain penyakit kulit dan pelbagai jenis kanser yang kesannya memang ada sehingga hari ini. 

Perang Vietnam tu berlaku antara 1957 dan 1975. Ia juga dikenali sebagai Perang I
ndochina Kedua. Dua kubu yang berperang adalah Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Amerika Serikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan, manakala Uni Soviet dan Tiongkok mendukung Vietnam Utara yang berideologi komunis.

Jumlah korban lebih dari 280 000 jiwa di pihak Vietnam Selatan dan lebih dari 1 juta jiwa di pihak Vietnam Utara. So di War Remnants Museum inilah yang menceritakan segalanya.

TQ tuan tanah : http://vitamingarden.blogspot.my/2014/10/melawat-ho-chi-minh-city.html







0 comments:

Post a Comment