Saturday, April 21, 2012

Kelebihan Susu Ibu

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…
  • Sentiasa segar (fresh)
  • Tersedia dalam suhu yang optimum
  • Tersedia steril
  • Tiada pencemaran
  • Tersedia bila-bila masa
  • Tiada tarikh luput
  • Susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  • Hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  • Mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  • Mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  • Mengandungi antibodi
  • Mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  • Tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  • Mudah hadam
  • Komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  • Komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  • Komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  • Komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  • Mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu dan ibu juga!)

0 comments:

Post a Comment