Friday, October 8, 2010

Novel Of The Day ~ GELAK TERGOLEK BY WANN AZLAN

Salam..tgh dok gile kt novel "GELAK TERGOLEK", padahal x baca lg ni..huhu...bc bab awal je kt penulisan2u..tu pun dah tgelak2..tak sabar nk tunggu weekend..nk g beli..


 sinopsis die :

Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Sikit sedutan :

"Jangan nak kelepet (tipu). Aku tak nampak pun kamu baca doa qunut. Kamu terus turun sujud saja."

"Saya baca doa qunut yang pendek saja. Sebab tu abah tak nampak."

"Hah? Doa qunut pendek? Doa qunut ada panjang pendek ke?"

"Ya, abah... saya baca doa qunut pendek tadi."

"Sekarang kamu baca balik doa qunut pendek yang kamu baca tadi, aku nak dengar."

"Qunut!"

"Iye, doa qunutlah."

"Qunut!".

"Bacalah terus."

"Dah habislah, kan itu yang pendek."

"Dah habis? Eh, gitu aje ke?"

"Ya, gitu ajelah yang pendek. Qunut!"

"Ohooo... macam tu rupanya doa qunut pendek, baru aku tahu. Doa qunut yang panjang macam mana pulak?"

"Quuunuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut..."

"Ooo... macam tu pulak. Berapa panjang kamu boleh baca? Ada sampai satu kilometer?"

"Sepanjang yang bolehlah, abah. Tapi saya dah tak cukup nafas."

 

0 comments:

Post a Comment