Airport Senai Johor, Surabaya Juanda International Airport
06-12-2017 (Rabu) - Trip kali ini disertai 9 dewasa, 1 kanak- kanak...Seawal jam 7.30 pagi kami dah tiba di Airport Senai..
selesaikan urusan drop luggage di kaunter..terus proceed ke balai pelepasan..dah sampai kt sini leh la relax-relax..tunggu masa nak fly je..
Flight kami jam 10.40 pagi dari Airport Senai..tiada delay atau apa-apa masalah..alhamdulillah.. turun di Surabaya Juanda International Airport pada jam 12.00 tengahari WIB.
Ala si comel suke nak naik flight..
Wajib le snap pic ekor kapal terbang..haha..
Penerbangan ke Surabaya memakan masa selama 2 jam 10 minit sahaja..Meal dalam flight dah di booked awal-awal.
Pemandangan dari atas..Subhanallah..
Pic wajib bile naik flight..haha..
Jom makan dulu..
Dah nak sampai!!!
Masing-masing baru bangun tido..teruja dah nak sampai Surabaya..
Dalam flight, kami diberi borang untuk diisi dan diserahkan
pada pegawai semasa di Airport. Flight landing pun smooth sgt..Alhamdulillah
syukur.
Tengah beratur tunggu turn nak lepas imigresen Indonesia..
Ambil beg seterusnya cari agen yang telah dibooking siap-siap dari Malaysia.
(yg tengah tu pak cik kami..kiri kanan tu agen yang jaga kami semua)
Nama agen yang akan menjaga kami selama 4h 3m di Surabaya ialah Didik dan Pak Hatim. Untuk Pakej kami dikenakan bayaran sebanyak RM 600 seorang (termasuk hotel, transport, tiket masuk) kecuali makan minum kami urus sendiri.
0 comments:
Post a Comment