Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga
butter melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata
menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan
gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter
dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika
suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan
atasnyekuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
http://selerasakura.blogspot.my/2014/10/congo-barssumpahan-yang-menjadi.html
0 comments:
Post a Comment