Thursday, August 28, 2014

Tempahan Kek Minyak

Minggu lepas punya tempahan 10 biji kek minyak..5 utk majlis kahwin abg ipar lg 5 dr kwn2 order..


Bahan-bahan nya :

1. 2 cawan tepung gandum ayak dengan 1 sudu kecil baking powder 
2. 1 cawan minyak
3. 1 cawan gula kastor
4. 5 biji telur
5. 2 pewarna pilihan
6. 1 sudu besar esen vanilla
7. 1 sudu besar Ovalette
8. 1 cawan susu pekat

Cara-caranya : 


1. pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu dan warna keputihan 


2. masukkan esen vanilla dan susu pekat.


3. masukkan minyak


4. masukkan tepung gandum, baking powder dan kaup sebatikan.


5. bahagikan 3, masukkan pewarna pilihan


6. panaskan oven 5 minit, api atas bawah.


7. lorekkan dan bakar sehingga masak, anggaran 45 minit , suhu 170c

8. dah siap..










0 comments:

Post a Comment