Thursday, August 8, 2019

Trip Bali Day 3 - Tanah Lot



Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau BaliIndonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.
Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.
Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.
Pada 1980, kerajaan Jepun memberi pinjaman mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rp. 800 bilion bagi memelihara kuil bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar pulau Bali.
Bagi kemudahan pelancong, pelbagai kedai dan gerai kraftangan telah disediakan. Pejalan kaki dibina bagi memudahkan para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam di ufuk timur.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Lottps://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Lot


Jom jalan-jalan sekitar kawasan Tanah Lot..lawa sangat viewnya..Subhanallah..











 


 


 




 


Jom sambung sopink…







Trip Bali Day 3 - Pasar Candi Kuning

Selepas puas meneroka di Ulun Danu Beratan..singgah Pasar Candi Kuning ni..macam nak hujan jadi cepat2 beli apa yang nak aje..survey pun gitu gini aje dah mula gerimis..
Kegemaran mak la ni..buah-buahan..
Setel dah..dalam setengah jam je kat sini..



Trip Bali Day 3 - Ulun Danu Beratan Temple

Sejuk je hawa angin kat sini..macam kat Cameron Highlands..
Tak ingat kene bayar tiket masuk berapa..ramai uitt umat manusia dalam tu..masa sampai macam nak hujan..lama2 langit dah terang semula..
syukur Alhamdulillah..
Pic Ulun Danu Beratan Temple ada dalam Not Indonesia 50 ribu.
Pic disnap oleh fotographer disitu..snap sekali print..
x igt dah berapa kos nya tapi murah je..