Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.
Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar.
Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut
lautan.
Tanah Lot dikatakan dibina
oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang
pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana.
Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu
para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan
Tuhan laut Bali.
Kuil Tanah Lot adalah satu
daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal
roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang
melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau
itu.
Pada 1980, kerajaan Jepun memberi pinjaman
mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rp. 800 bilion bagi memelihara kuil
bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar pulau Bali.
Bagi kemudahan pelancong, pelbagai
kedai dan gerai kraftangan telah disediakan. Pejalan kaki dibina bagi
memudahkan para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah
terbenam di ufuk timur.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Lottps://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_LotJom jalan-jalan sekitar kawasan Tanah Lot..lawa sangat viewnya..Subhanallah..
Jom sambung sopink…
0 comments:
Post a Comment