Seekor anak nyamuk kembali selepas menyelesaikan penerbangan pertamanya...
Ayah nyamuk bertanya bagaimana perasaannya melalui saat penerbangan pertamanya melihat dunia...
"Saya begitu teruja dan gembira kerana semua orang bertepuk bila menerima kehadiran saya..."
2. Seorang abang mengambil air wuduhuk, selepas itu ada seekor kucing usap di kakinya.
Abang: Allah batal air sembahyang aku!
Abang: Allah batal air sembahyang aku!
Abang: Terpegang kucing.
Adik: Mana batallah abang ni.
Abang: Batallah..
Adik: Kenapa pulak batal pulak?
Abang: Kucing betina.. (Jawabnya selamba)
3. Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
4. JENIS-JENIS MOTOR
Motor paling moden - Modenas
Motor ada hon - Honda
Motor paling best - Suzuki Best
Motor paling bahaya - Honda Hurricane
Motor untuk ahli sukan - Yamaha Sport
Motor paling elegan - Modenas Elegent
Motor yang ego - Yamaha Egos
Motor yang asyik menang - Modenas Jaguh
Motor paling tajam - Honda Blade
Motor untuk menteri - Yamaha Pasola
Motor untuk VIP - Modenas Elit
Motor Red Indian - Tomahawk
Motok reksasa - Ducatti Monster
Motor pandai karete - Kawasaki Ninja
Motor ade class - EX5 Class
Motor satu class - EX5 Class 1
Motor macam terminator - Eliminator
Motor bersayap emas - Goldwing
Motor paling lama - Yamaha Lagenda
Motor atas air - Motobot
Motor muat dalam poket - Motorola